Rabiatul Adawiyah


Assalamualaikum..
Pernah baca kisah tentang rabiatul adawiyah wali ALLAH ?
Subhanaallah.. kisahnya sangat memberi kesedaran dan keinsafan.
Rabiatul adawiyah... Perindu cinta abadi.
Biar aku cerita sikit ye.

Rabiah dilahirkan dari sebuah keluarga yang suci dan bersih dan yang sangat taat pada ALLAH SWT.
Rabiah merupakan anak yang keempat, beliau mempunyai 3 orang kakak. Saat kelahiran rabiah, keluarganya tidak mempunyai sehelai kain pun untuk menyambut kelahirannya. Walaupun begitu mereka tetap bersabar dan redha dengan ketentuanNya. Bapa Rabiah, Ismail mendapat ilham dari ALLAH TAALA untuk memberikan nama rabiah kepadanya. Ismail merupakan hamba ALLAH yang zuhud dan selalu melakukan ibadah kepada ALLAH dengan penuh tawaduk. Isterinya juga seorang yang sangat penyabar. Kakak2 rabiah juga merupakan anak2 yang solehah. Sudah tentulah rabiah juga akan menjadi hamba ALLAH yang mulia akhlaknya.

Semasa Rabiah kecil, ayahnya ismail mendapat mimpi didatangi oleh rasulullah, ternyatalah rabiah merupakan hamba ALLAH yang sangat istimewa. Semenjak kecil lagi Rabiah sangat taat beribadah. Beliau juga sering mendampingi kitab dan AL-QURAN berlainan dengan rakan2 sebayanya. Kemudian ayahnya membina sebuah surau untuknya agar beliau dapat bermunajat dan mengasingkan diri daripada kemaksiatan yang berleluasa di kota basrah itu.

Sampai setakat ini sajalah yang mampu dikongsikan buat masa ini. InsyaALLAH ada umur yang panjang akan disambungkan lagi kisah tentang wali ALLAH yang sungguh istimewa ini. Mana yang buruk datangnya dari kita, yang baik datang dari ALLAH SWT. Moga hari demi hari akhlak kita akan menjadi lebih baik. Semoga ALLAH membukakan pintu hidayah untuk kita semua. InsyaALLAH. Assalamualaikum. :)

Comments

Popular Posts