Life is too complicated



masa depan...

itu yg bermain dalam fikiran aku sekarang.
jujur,
aku tak pasti dengan keputusan aku sekarang.
aku masih ragu ragu dengan apa yang aku hadapi sekarang.

"adakah ini impian aku?"
"adakah ini apa yang aku nak?"
"adakah ini jalan yang betul untuk aku lalui?"
"adakah aku akan menyesal?"
"adakah aku ikhlas?"

aku tak tahu apa hala tuju aku.
aku tak tahu apa yang aku nak.
tapi..
kalau aku berhenti dan pilih jalan lain,
adakah jalan itu adalah jalan yang tepat bagi aku?

aku cuba untuk pujuk hati aku.
aku cuba untuk menerima semua ini.
terlalu banyak kali aku katakan pada diri aku..

"aku kena redha!"
"ini pilihan mak abah, insyaALLAH berkat!!"
"ini pilihan yang aku ada, terima je amalia."
"kau dah ada at sini, teruskan je."

tapi semua ni terlalu berat untuk aku.
dalam aku belajar untuk menerima takdir,
hati aku masih belum cukup redha dan ikhlas lagi 
untuk tersenyum dan kata inilah jalan aku.


sakit.
sakit..
sakit sangat...
terasa nak menangis.
tapi ,
aku takut...
andai aku menangis,
aku akan kalah
aku risau
andai aku menangis
tangisan tuh takkan henti.
aku khuatir,
andai aku menangis,
tandanya aku tak redha.
aku takut,
ALLAH murka at aku..
kerana,
aku tidak belajar untuk menerima 
QADA' dan QADAR


aku tak ingin dikatakan tidak bersyukur.
sejujurnya,
aku bersyukur sangat diberi peluang.
cuma, 
HATI
masih tidak cukup kuat untuk menerima semua ini.

berilah aku masa.
untuk bukakan pintu hati aku
yang masih tertutup rapi.

moga aku menerima takdir aku ini.
moga aku kuat untuk harungi semua ini.
moga aku tahu apa yang aku mahukan.
moga ALLAH berikan aku peluang.


Comments

Popular Posts