I'll Never Be Back

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum. :)
Dengan jujur dan ikhlasnya, post at blog kali nih adalah yang terakhir untuk si dia yang masih utuh bertakhta dalam hati ini. ;)
Mengapa yang terakhir? adakah kerana sudah lelah dengan permainannya yang masih tidak bisa ku pahami.? Haa, ambik kau. Ngomong indon bak bibik maklong da nh.. Hahaha.
Jawapannya.... Sudah tentulah tidak. Hanya kerana secebis kesedaran yang ak perolehi melalui blog2 gadis2 tabah yang pernah jatuh terduduk kerana C.I.N.T.A. Tak habis2 dengan cinta kan~ al maklumlah. aku agak kesunyian di kuala pilah ini tanpa rakan2 yang sering ku ceritakan kisah suka dan duka dalam hati ini. Huhu.
"Bukan ku tak sudiiii kaaaasiihh, untuk bersamamu ......." maaf, tidak dapat ku teruskan lagu ini atas dasar masalah teknikal. Harap faham. ^^

Heyyyy Boroy!
Heyyyy Boyot!
Heyyyy Boroyyot!!
hehehehe~ aku taknak sebut nama kau. sebab aku risau aku akan kecewa bila baca nama kau kat bog nih. huhu.
Apa point yang aku nak cakap kat kau ehhh? aku dah lupa pulak. -,-
Ohhhh!! Da ingat dah! >.<
Boroy. kau pernah tak dengar ayat nih. "if he/she really love u, he/she will never leave or give up on u and they are not worth enough for u"
Lebih kurang macam tuh laa. maksudnya, kalau orang tuh bebetul sayangkan kita, dia tak akan pergi dari hidup kita. Ayat nih aku TERSANGAT LAAAAA TAK SETUJU !! sebab apa. bagi aku kalau orang tuh pergi tak bermaksud dia dah tak sayang. mungkin sebab dia terlalu sayang sebab itu dia terpakasa lepaskan orang yg dia sayangkan tuh.
For example. Aku lah, siapa lagi~ >.<
haha. Actually, aku tersangatlah sayangkan kau. Tapiiii.... Letting u go is the best thing i should do. the best decision i should take.

Aku tahu aku nih tak setanding awek kau yang cantik lagi comel, putih lagi bersih, baik hati lagi pandai memasak tuh.... aku tahu. aku tahu. Eh, tapi aku pun ada kelebihan dan kelemahan aku jugak. Sweet sweet sikit tuh ada lah sikit. Selebihnya tuh, biarlah orang yang benar2 memahami aku saja yang tahu. Buat apa aku nak riak kat kau kan. Biarlah ALLAH saja yang mengetahui baik buruk luar dalam aku.. Aku nih cuma insan yang lemah yang sering berdosa yang sering berbuat salah yang sentiasa mengharapkan pengampunan daripada yang MAHA ESA.
Perkenalan aku dengan kau bukanlah satu kebetulan. Perkenalan kita adalah atas sebuah takdir yang telah ditulis sejak azali lagi. Maka, perkenalan antara kita bukanlah sebuah penyesalan. Sebaliknya sebuah memori telah tercipta, sejuta rasa telah dirasai, manis menjadi kenangan, pahit menjadi pengajaran. Tiada istilah penyesalan yang terungkap. Biarlah diakhiri dengan syukur kerana sebuah ikatan telah terjalin pernah terjalin dan sampai bila bila akan tetap terjalin. InsyaALLAH.

Sejujurnya. tipu sangatlah kalau aku kata "aku tak marah" "aku tak benci kau" "aku okayy" "takpe,jangan risaukan aku" "aku tak terasa" "takpe, pergi lah"

Semua tuh ayat FAKE perempuan okayyy! hahaha. tipu sangatlah aku tak marah. tipu kalau aku tak benci, tipu tipu tipu tipuuuuuu!! hahaha. yang sebenarnya.... "aku tak suka" "aku benci kau" "aku marah sangat2 kat kau"  "aku jeles" "kenapa dia" "kenapa bukan aku" "jangan pergi kat dia" 'jangan cakap dengan dia" "jangan pandang dia" "jangan sedih sebab dia" .......... "jangan sayang dia" ...
Boleh ke aku cakap camtuh? ohh tidak tidak. aku ada ego aku sendiri. mungkin banyak yang aku pernah luahkan.. tapi ayat2 yang nih aku xakan cakap kat kau.
Aku nak jauhkan diri daripada kau.. tapi tiap kali aku terasa jauh dari kau, aku akan risau.. "dia akan lupa kan aku ke?" "dia akan lupa semua kenangan kita ke?" "dia akan hilang semua perasaan dia kat aku ke?" "dia akan lebh bahagia dengan yang lain ker?" "dia tak perlukan aku lagi ke?"
Semua tuh berlegar2 dalam kepala otak aku. Berat hati aku. Last2 aku reply jugak text kau. hoho. tiap kali kau text aku, aku akan terasa macam risau sangat. dia tengah sedih ke? dia tengah nangis ke? dia perlukan seseorang di sisi dia ke sekarang? ada apa2 jadi kat dye ke? dia jatuh ke, luka ke?
macam2 persoalan.. huhuhu.

Hmmm. Macam2 betul yang aku pikir.Tapi selama kita rapat meskipun dah jadi ex... aku tak pernah fikir yang kerapatan antara kita semata2 kerana aku nak kapel balik dengan kau. Tak pernah! aku cuma rasa aku tak boleh lepaskan kau dari hidup aku. aku mintak maaf. hm,

Boleh tak kalau aku nak mintak jangan pernah lupakan aku. jangan pernah lupa semua kenangan kita, perbualan kita, ugutan kita memasing, jiwang2 antara kita.... Boleh tak? boleh tak? :'( Kali ini aku pergi xkan kembali. Jika aku yang ALLAH telah tetapkan untuk kau... Kejar la pulak cinta aku. Tarik lah balik hati aku supaya aku duduk diam2 kat sisi kau dan tak pergi mana2 lagi. Kalau lahh kalau..... :) Kalau betul apa yang kau bagitahu aku dulu tentang apa yang kau rasa tentang kita.. Kalau betul betul terjadi antara kita, Kalau ALLAH redha dengan hubungan kita, siapalah aku untuk menolak takdir..

Jadi.... inilah last entry untuk Si Dia. Kenang daku dalam doamu~ :)
Wey boroy. Always be my boroy ok. pleasa jangan cakap kau terharu, jangan cakap aku baik, jangan cakap kau tak sampai hati.. Jangan sesekali cakap camtuh kat aku atau pasal aku! hoho/.Kalau betol kau ada 6sense. aku kasi kau peluang untuk baca kejap. tapi esok pagi2 aku tuka link.. jadi pandai2lah gunakan sensor kau tuh ekk. :P
lepas nih citer pasal Politeknik Sultan Idris Shah, my dearest family and my lovely thryo and friends pulakk... bye2.
Assalamualaikum. :)


                                                                                                                  Salam Asengko,
                                                                                                      Hamba ALLAH yg tidak sempurna,
                                                                                                                         <A.K.M> :)

Comments

Popular Posts